SHAH ALAM: Lembaga Disiplin UMNO memberi amaran keras terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo selepas didapati bersalah kerana melemparkan penghinaan dan tohmahan terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Pengerusinya, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, Mohamad Khir didapati berbuat demikian menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.
“Tindakan Dr Khir yang melemparkan tohmahan dan memburuk-burukkan calon lain dalam tempoh pemilihan parti UMNO adalah perbuatan tidak menjaga nama baik dan maruah parti,” kata beliau menerusi satu surat pada Khamis.
Pada 8 Mac, Mohamad Khir didakwa melemparkan dakwaan dan tohmahan terhadap Jamal kerana ingin mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar meskipun telah kalah 7,000 undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pertuduhan kedua pada 5 Mac pula menyaksikan beliau telah membuat kenyataan terbuka mengeji dan menghina Jamal dalam kenyataan yang bertajuk ‘Amalan gangsterisme rugikan UMNO'.
Sementara itu, dakwaan yang dilemparkan Mohamad Khir pada 1 Mac adalah kerana membuat kenyataan terbuka bertajuk ‘Khir Toyo Buat Kemunculan Semula, Mahu Bantu Anak Muda Sungai Besar’ dengan niat mendapatkan sokongan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar.
Mohd Hafarizam di dalam surat tersebut bagaimanapun menyatakan bahawa Mohamad Khir boleh berbuat rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan hukuman berkenaan.
“Sekiranya Dr Khir Toyo tidak berpuas hati dengan hukuman lembaga disiplin seperti di atas, selaras dengan Fasal 20.6 Perlembagaan UMNO, beliau bolehlah merayu kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT),” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 18 2023
Dr Mohamad Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor. - Gambar fail
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
PAU2023: Lembaga Disiplin UMNO teliti rayuan ahli dikenakan tindakan disiplin
Lembaga Disiplin UMNO akan meneliti kesemua rayuan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parti itu yang dikenakan tindakan disiplin.
Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.
Shahelmy serah kepada Lembaga Disiplin UMNO untuk buat keputusan
Shahelmey berkata, beliau sedia berdepan sebarang tindakan dan tidak mahu mendahului Lembaga Disiplin UMNO dengan melakukan perlakuan atau kenyataan yang kurang wajar.
Pembersihan UMNO: Jangan salahkan Presiden, itu keputusan Lembaga Disiplin - Saarani
Saarani berkata sebagai ahli perlu akur kepada perlembagaan dan peraturan parti bahawa mana-mana ahli yang membuat silap dan melanggar disiplin akan dikenakan tindakan.
Pembersihan UMNO: Pecat, gantung pemimpin atas syor Lembaga Disiplin - Isham
Isham menjelaskan, beliau tidak dapat mengulas lanjut tentang perincian pelanggaran disiplin yang dibuat pemimpin berkenaan kerana beliau bukan berada dalam Lembaga Disiplin.
Suara anak muda dalam UMNO disekat? - Syed Mohd
Syed Mohd mendakwa dia diminta berhati-hati kerana ada pihak sedang giat melaporkan semua kritikannya kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan, Lembaga Disiplin UMNO perlu tegas dan mengambil tindakan terhadap apa yang dilakukan Tengku Razaleigh.
Selesai bertemu Lembaga Disiplin UMNO, MKT akan tentukan nasib Tun Faisal
Tiada keputusan baharu dibuat berhubung penggantungan itu dan pertemuan selama satu jam itu hanya melibatkan perbincangan dan hujah beliau untuk kes tersebut.
Shahidan hadap Lembaga Disiplin UMNO selama satu jam
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO bahagian Arau Syed Atif Syed Abu Bakar menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.
Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.